Saturday, February 14, 2009

bimbingan Rasul s.a.w merawat pening kepala & migrain


hadis riwayat Ibnu Majah sebuah hadis yg masih disangsikan kesahihannya,iaitu sebagai berikut :

Nabi s.a.w pernah diserang penyakit pening hingga terpaksa melumuri kepalanya dgn inai.Baginda bersabda: "InsyaAllah, ubat ini boleh menghilangkan pening."


pening yg dimaksudkan - rasa sakit pada slh satu bahagian kepala ( atau semua bahagian kepala ) jika hanya menyerang separuh kepala sahaja disebut migrain .jika menyerang semua bahagian kepala disebut baidhah / pening helm. hakikat penyakit pening - panas dibahagian kepala & semacam demam yg berlaku kerana berkumpulnya bahang dibahagian kepala yg berusaha menembus keluar namun tidak boleh hingga memaksakan untuk keluar seperti bencana yg tertekan jika air di dlmnya menggelegak.

16 punca-punca berlakunya pening :
  1. dominasi salah satu dari 4 unsur pada manusia. ( pertama hingga ke empat )
  2. luka tukak perut.kepala menjadi sakit kerana kesan pembekakannya, bersambungnya urat saraf dari perut ke kepala.
  3. angin di perut naik ke kepala.
  4. perut yg terlalu penuh dgn makanan hingga sebahagian sisa makanan x dpt dihadam dgn baik.
  5. muncul selepas persetubuhan - masalah pada sel sel tubuh hingga menyebabkn pening kerana kenaikan suhu tubuh melebihi batas ketahanan tubuh itu sendiri
  6. selepas muntah & mengeluarkan seluruh makanan dari perut, boleh jadi kerana perut terlalu kering / naiknya bahang perut ke kepala.
  7. udara & suhu yg terlalu panas.
  8. udara terlalu sejuk hingga bahang di kepala menjadi sesak & tidak menemui jalan keluar.
  9. berjaga malam & kurang tidur.
  10. tekanan pada bahagian kepala - membawa beban berat di atas kepala.
  11. terlalu banyak bercakap hingga stamina otak menurun
  12. terlalu banyak aktiviti & senaman yang berlebihan
  13. masalah kejiwaan - murung,sedih,was-was, byk fikir buruk & sebagainya...
  14. terlalu lapar - bahang perut x lagi mempunyai tempat untuk beraksi, justeru semakin menompok hingga akhirnya naik ke otak & menyebabkan rasa sakit.
  15. pembengkakan pada bahagian kulit otak hingga pesakit merasakan seolah-olah kepalanya dipukul-pukul dengan penukul.
  16. demam - panas demam tersebut juga menyerang kepala hingga terasa sakit. Allah jua Yang Maha Mengetahui!
Abu Na'im menyebut dalam kitab At-Tibbun Nabawi: " jenis pening ini pernah dihadap pleh Nabi s.a.w hingga satu atau dua hari hingga baginda tidak keluar rumah. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w pernah berkhutbah di hadapan para sahabat dengan kepala masih berbalut kain "

di dalam kitab Ash-shahih disebutkan bahawa ketika sakit menjelang wafatnya, baginda berkata: " aduh kepala. " baginda mengikat kepalanya pada waktu sakit.

rawatan sakit kepala menggunakan inai masih bersifat sebahagian, tidak menyeluruh, iaitu rawatan terhadap salah satu jenis sakit kepala.jika muncul sakit kepala kerana panas terik, sedangkan tidak ada unsur tertentu yg mesti dikeluarkan dari tubuh, maka penyembuhannya dengan inai sangat mujarab. caranya inai itu ditumbuk halus & dicampurkan dengan cuka untuk dibalurkan & dibalut di kepala, sakit kepala akan terus berkurangan.

inai mengandungi tenaga yang boleh mengatasi pening.jika dibalurkan & diikat dikepala, pasti boleh menghilangkan rasa sakitnya. bahkan ia tidak hanya berlaku untuk penyakit kepala sahaja, juga boleh untuk pelbagai rasa sakit di seluruh badan.jika digunakan untuk membalut bahagian tubuh yg bengkak & meradang, boleh meredhakannya.

inai mempunyai sifat sejuk sekali,namun juga kering. kekuatan pada pokok & dahan inai merupakan gabungan dari kekuatan yg dicerat dari semacam unsur air yg panas & stabil, dengan tenaga pengikat yg berpunca dari unsur tanah yg sejuk pula.

inai juga mengandungi tenaga yg sesuai dgn saraf jika digunakan dgn pembalut.bahkan jika dikunyah amat sesuai untuk merawat sariawan & bibir bibir pecah, juga boleh merawat pecah-pecah pada mulut anak bayi.jika dibalurkan amat sesuai untuk menghilangkan bengkak & peradang berat.juga boleh untuk mengeluarkan mata bisul.

anak kecil yg mula diserang sakit cacar air, kemudian bahagian kakinya dibalut dgn inai, maka bahagian matanya akan selamat dari serangan cacar.ini mmg benar & sudah terbukti mujarab, tidak diragukan lagi.jika serbuknya dibubuhkan di kain wol, boleh menyegarkannya & mencegahnya dari ulat. jika daunnya sahaja jatuh ke dlm air, boleh mengubah rasa air itu menjadi nikmat hingga ke dasarnya. boleh diperas & diminum airnya hingga 40 hari, setiap harinya boleh diminum dua puluh sudu ditambah dgn sepuluh sudu gula.juga boleh dimakan dengan daging kibasy muda.juga boleh merawat gejala penyakit kusta secara ajaib sekali.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home